Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Kesediaan Bakal Guru Tahun Akhir UTM (Kemahiran Hidup) Bagi Mengajar Subjek Rekacipta

Sihes, Ahmad Johari and Bandi, Nur Efarehan (2010) Tahap Kesediaan Bakal Guru Tahun Akhir UTM (Kemahiran Hidup) Bagi Mengajar Subjek Rekacipta. Tahap Kesediaan Bakal Guru Tahun Akhir UTM (Kemahiran Hidup) Bagi Mengajar Subjek Rekacipta . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
93kB

Abstract

Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang bertujuan untuk meninjau sama ada bakal - bakal guru kemahiran hidup yang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) bersedia untuk mengajar subjek Rekacipta. Aspek Kajian ini difokuskan berdasarkan kesediaan bakal- bakal terhadap kesediaan dari aspek tahap pengetahuan, tahap kemahiran, tahap pendedahan dan sikap bakal- bakal guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran rekacipta. Seramai 70 orang pelajar tahun empat yang sedang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) menjadi responden dalam kajian ini. Satu set borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian “Statistical Packages For Social Sciences (SPSS)” untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 10 orang pelajar tahun empat yang mengambil kursus Kejuruteraan Elektrik untuk menguji kebolehpercayaan instrument kajian dan nilai yang didapati adalah 0.862. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bakal – bakal guru mempunyai kesediaan yang tinggi untuk mengajar matapelajaran Rekacipta. Akhirnya beberapa cadangan dikemukakan untuk mempertingkatkan lagi kesediaan mengajar dikalangan bakal-bakal guru.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap kesediaan bakal guru, subjek rekacipta
Subjects:L Education > L Education (General)
ID Code:10990
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Nov 2010 13:08
Last Modified:14 Aug 2017 11:55

Repository Staff Only: item control page