Mohd. Said, Mohd. Rizal and Omar, Ramlan (2010) Tinjauan Masalah Ahli Jawatankuasa Kantin Dalam Memantau Kantin Sekolah Di Zon Banting, Daerah Kuala Langat, Selangor. Tinjauan Masalah Ahli Jawatankuasa Kantin Dalam Memantau Kantin Sekolah Di Zon Banting, Daerah Kuala Langat, Selangor. . pp. 1-7. (Unpublished)
|
PDF
35kB |
Abstract
Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh Ahli Jawatankuasa Kantin dalam memantau kantin sekolah. Masalah yang dikaji adalah masalah dari aspek kekurangan pengetahuan, aspek hubungan bebanan tugas dan aspek kekangan masa. Seramai 70 orang dikalangan Ahli Jawatankuasa Kantin Sekolah dari Zon Banting, Daerah Kuala Langat, Selangor terpilih sebagai responden dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan dengan mengedarkan set borang soal selidik kepada responden. Data yang diperolehi telah dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan program Statistical Package for Science (SPSS) versi 15.0 untuk mendapatkan kekerapan dan peratus. Hasil kajian telah menunjukkan masalah dari aspek kekurangan pengetahuan, aspek hubungan bebanan tugas dan aspek kekangan masa wujud pada tahap yang rendah dalam menjalankan tugas pemantauan kantin sekolah. Cadangan telah dikemukan bagi meningkatkanlah keberkesanan pemantauan kantin sekolah.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Ahli Jawatankuasa Kantin, masalah |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10968 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 12 Nov 2010 14:23 |
Last Modified: | 02 May 2017 03:15 |
Repository Staff Only: item control page