Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Tiga Fakulti Di Universiti Teknologi Malaysia

Arshad, Mohammad Yusof and Abdullah, Kasmalizi (2010) Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Tiga Fakulti Di Universiti Teknologi Malaysia. Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Tiga Fakulti Di Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
143kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar tahun dua di tiga fakulti di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Terdapat dua objektif dalam kajian ini. Objektif pertama ialah untuk mengkaji minat pelajar dari aspek kesediaan, kebolehan, keyakinan dan kepentingan Bahasa Inggeris. Manakala objektif kedua ialah untuk mengkaji pengajaran pensyarah dari aspek kebolehan dan keyakinan pensyarah dalam menyampaikan sesuatu pengajaran. Jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 243 orang yang terdiri daripada pelajar Fakulti Sains (FS), Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) dan Fakulti Kejuruteraan Sains dan Geoinformasi (FKSG). Penyelidik menggunakan kaedah soal selidik sebagai instruman kajian. Data yang diperolehi daripada instrumen tersebut dianalisis menggunakan statistik diskriptif iaitu peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris adalah berada pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun pelajar sedikit sebanyak telah mula menunjukkan minat dan sedar akan kepentingan Bahasa Inggeris kepada mereka. Manakala pengajaran pensyarah pula berada pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa pensyarah telah bersedia untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam pengajaran mereka. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa pelajar dan pensyarah perlu mempersiapkan diri untuk mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris memandangkan bahasa tersebut dianggap sebagai bahasa global. Beberapa cadangan dan kajian lanjutan telah dikemukakan agar dapat mempertingkatkan minat pelajar dan pengajaran pensyarah terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Katakunci: Bahasa Inggeris, persepsi pelajar, pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Bahasa Inggeris, persepsi pelajar, pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10965
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:12 Nov 2010 13:53
Last Modified:12 Nov 2010 13:53

Repository Staff Only: item control page