Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Sistem Pembelajaran Menerusi Web Bagi Mempelajari Topik Teknologi Multimedia Menerusi Web Dengan Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah

Harun, Jamalludin and Basaruddin, Khairun Nisak (2010) Pembangunan Sistem Pembelajaran Menerusi Web Bagi Mempelajari Topik Teknologi Multimedia Menerusi Web Dengan Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah. Pembangunan Sistem Pembelajaran Menerusi Web Bagi Mempelajari Topik Teknologi Multimedia Menerusi Web Dengan Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
42kB

Abstract

Pembelajaran berasaskan laman web dan pembelajaran berasaskan masalah(pbm) merupakan dua penyumbang penting kepada perkembangan semasa dalam bidang pendidikan profesional. Pembelajaran berasaskan web menawarkan lebih peluang untuk mempersembahkan pengalaman pembelajaran dari pelbagai aspek yang boleh dicapai oleh individu pelajar pada berlainan masa atau tempat berbanding peluang pembelajaran secara tradisional. Pbm menawarkan pendekatan intruksi yang dapat memotivasikan pelajar terlibat dalam latihan masalah yang authentik serta memperkembangkan sikap dan kemahiran yang diperlukan untuk pembelajaran kendiri sepanjang hayat. Projek ini adalah mengenai reka bentuk dan pembangunan sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menggunakan pembelejaran berasaskan masalah sebagai rangkakerja rekabentuk. Objektif projek ini adalah untuk membantu pelajar dalam mempelajari topic Teknologi Multimedia Menerusi Web dan bagaimana ia boleh digunakan dengan efektif dalam projek pembangunan laman web. Pelajar dapat mempelajari konsep asas teknologi multimedia dalam konteks senario berasaskan masalah. Di samping itu, antara faktor yang ditekankan adalah elemen interaktiviti, kepelbagaian aktiviti dan pembelajaran penerokaan. Projek ini juga menggunakan grafik dan animasi sebagai kekuatan yang dapat dimanipulasikan bagi menarik minat pelajar terhadap topik yang disediakan. Macromedis Dreamweaver MX dipilih sebagai perisian pengarangan yang utama untuk mencipta sistem pembelajaran berasaskan laman web dan disokong oleh perisian pembangunan yang lain seperti Macromedia Flash MX, Adobe Photoshop dan Adobe Captivate 3. Dengan terhasilnya laman web ini, diharapkan dapat membantu pengguna memahami topik ini dengan baik seterusnya dapat membangunkan laman web yang baik

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:laman web, Pembelajaran, Teknologi Multimedia Menerusi Web
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10964
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:12 Nov 2010 13:44
Last Modified:17 Aug 2017 04:40

Repository Staff Only: item control page