Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Bagi Perisian Adobe Premiere Pro CS3 Berasaskan Teori Kognitif

Md Salleh , Shaharuddin and Nik Mohd, Nik Nurul Afifah (2010) Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Bagi Perisian Adobe Premiere Pro CS3 Berasaskan Teori Kognitif. Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Bagi Perisian Adobe Premiere Pro CS3 Berasaskan Teori Kognitif . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
179kB

Abstract

Projek ini adalah bertujuan untuk membangunkan modul pembelajaran kendiri bagi tajuk Adobe Premiere Pro CS3 dalam subjek Teknologi Grafik, Animasi, Audio dan Video Digital, (SPM 2303) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.MPK ini dibina berasaskan teori kognitif yang menekankan kepada penstrukturan, pengorganisasian, dan penyusunan maklumat untuk memudahkan pemprosesan optimal. Kaedah Pembelajaran Bermodul yang diterapkan membolehkan pelajar meneruskan proses pembelajaran mereka mengikut kemampuan dan kecepatan mereka sendiri. Bagi menyempurnakan pembangunan MPK ini, Model Burns telah digunakan bagi memudahkan proses pembelajaran pelajar dan juga individu yang berminat tentang perisian ini. MPK ini dibangunkan dengan mengaplikasikan penggunan perisian Adobe Premiere Pro CS3, Adobe Page Maker 7.0, Adobe Capture Professional v4 dan juga Adobe Photoshop CS3. Ia dapat dijadikan sebagai bahan pembelajaran kepada pelajar, pensyarah dan individu yang berminat dalam menggunakan perisian ini sekaligus mengaplikasinya dalam kehidupan seharian. Dengan terhasilnya MPK ini, diharapkan agar ia dapat membantu pengguna dalam memahami tentang perisian tersebut. Di samping itu, dengan kewujudan MPK ini, diharapkan pengguna dapat mempelajari tentang perisian Adobe Premiere Pro CS3 dengan lebih berkesan. Seterusnya dapat menghasilkan video berkualiti tinggi bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran khususnya.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:model pembelajaran kendiri (MPK), Adobe Premiere Pro CS3, Teknologi Grafik, Animasi, Audio dan Video Digital
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10945
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:11 Nov 2010 05:16
Last Modified:11 Nov 2010 05:16

Repository Staff Only: item control page