Safar, Ajmain and Othman, Halimatul Ashiken (2010) Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Ilmu Faraid. Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Ilmu Faraid . pp. 1-10. (Unpublished)
|
PDF
240kB |
Abstract
Ilmu faraid adalah antara ilmu pertama yang akan diangkat oleh Allah dari diri manusia. Ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu ini. Berikutan sikap tidak mengambil berat umat Islam sekarang membuatkan ilmu tersebut hilang ditelan zaman sehingga kini muncul perselisihan berkenaan dengannya, malahan terdapat segolongan yang meragui keadilan Allah seperti pertikaian hak lelaki dua kali ganda dari hak wanita. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan responden terhadap ilmu faraid, mengenal pasti tahap kefahaman responden terhadap ilmu faraid dan mengenal pasti persepsi responden berkaitan kepentingan ilmu faraid dalam kehidupan. Responden kajian ini adalah pelajar tahun dua kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi 2007/2008. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang dibina sendiri dan terdiri daripada 32 item soalan. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah á = .69. Walau bagaimanapun penyelidik telah membuat penambahbaikan untuk meningkatkan kebolehpercayaan alat kajian ini. Penyelidik telah menggunakan perisian Statistical Package for Social Science versi 12.0 (SPSS) untuk menganalisis data mentah bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan, persepsi responden berkaitan kepentingan ilmu faraid dan tahap pengetahuan responden terhadap ilmu faraid berada pada tahap yang tinggi. Manakala tahap kefahaman responden terhadap ilmu faraid berada pada tahap sederhana. Di akhir kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kefahaman di kalangan pelajar mahupun masyarakat. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Ilmu faraid, Persepsi Pelajar |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10937 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 10 Nov 2010 10:48 |
Last Modified: | 16 Aug 2017 08:23 |
Repository Staff Only: item control page