Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri Autocad 2007 (2d) Bagi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer

Sidek, Rosni Zamuddin Shah and Alim, Emy Shafinaz (2010) Pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri Autocad 2007 (2d) Bagi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer. Pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri Autocad 2007 (2d) Bagi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer . pp. 1-11. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
175kB

Abstract

Pembelajaran menggunakan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) adalah salah satu cara untuk membantu pelajar dalam memahami sesuatu subjek dengan lebih baik kerana MPK didapati lebih berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional. Oleh yang demikian, sebuah MPK AutoCAD 2007 (2D) bagi Mata Pelajaran Lukisan Berbantu Komputer dibina untuk membantu pelajar dalam proses pembelajaran. Modul ini dibina berdasarkan silibus subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer (SPE2112) bagi Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Pembinaan setiap topik bagi modul ini adalah berdasarkan kepada perisian AutoCAD 2007 dan perisian Microsoft Word 2007. Pembinaan MPK ini menggabungkan teks dan visual yang disusun berdasarkan Teori Beban Kognitif untuk meminimakan beban kognitif ke atas minda pelajar. Pembinaan MPK ini diharap dapat membantu para pelajar Fakulti Pendidikan dalam mempelajari dan menguasai penggunaan perisian AutoCAD 2007 dengan lebih jelas dan mudah kerana penggunaan MPK ini dapat membantu pelajar menghasilkan gaya pembelajaran yang tersendiri.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:AutoCAD 2007 (2D), Modul Pembelajaran Kendiri (MPK)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10936
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Nov 2010 10:42
Last Modified:16 Aug 2017 08:26

Repository Staff Only: item control page