Mohd. Hashim, Asha Hasnimy and Bakar, Mat Azmin (2010) Mengenalpasti Kecederaan Yang Dialami Oleh Atlet Silat Olahraga Semasa Kejohanan Silat. Mengenalpasti Kecederaan Yang Dialami Oleh Atlet Silat Olahraga Semasa Kejohanan Silat . pp. 1-7. (Unpublished)
|
PDF
55kB |
Official URL: https://www.researchgate.net/publication/50316946_...
Abstract
Silat merupakan sukan seni mempertahankan diri yang dipertandingkan dalam Sukan Malaysia (SUKMA). Namun sukan ini kurang mendapat perhatian dari segi penyelidikan memandangkan ia kurang berkembang di negara-negara lain. Sehubungan itu, penyelidik ingin menjalankan kajian terhadap sukan ini. Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti jenis-jenis kecederaan yang merangkumi bahagian, sebab dan tahap kecederaan dialami oleh atlet silat olahraga yang mewakili sebuah negeri ke SUKMA 2008. Kaedah soal selidik digunakan yang merangkumi butiran peribadi atlet, maklumat sukan yang diceburi dan maklumat kecederaan. Seramai 15 orang atlet silat termasuk lelaki dan perempuan yang mewakili sebuah negeri yang berumur dalam lingkungan 17 tahun hingga 23 tahun telah dipilih menjadi responden. Data-data mentah yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Microsoft Office Excel 2003. Keputusan menunjukkan jenis kecederaan yang paling tinggi adalah lebam (39.9%), manakala bahagian pergelangan kaki adalah yang paling kerap mengalami kecederaan (21.1%), dan penyebab kecederaan utama adalah kesilapan teknik semasa pertandingan (20.0%). Hasil dapatan ini dapat memberi gambaran kepada jurulatih dan juga atlet itu sendiri mengenai kecederaan yang sering dialami, seterusnya dapat menggalakkan keperluan pengubahsuaian latihan, teknik-teknik dan cara untuk mengelak dan mengawal kecederaan daripada berlaku.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | kecederaan atlet silat |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10910 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 09 Nov 2010 08:08 |
Last Modified: | 26 Feb 2017 03:14 |
Repository Staff Only: item control page