Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar Perdana Jabatan Pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan (JPTK) Fakulti Pendidikan, UTM Dalam Menjalani Latihan Industri

Sihes , Ahmad Johari and Muda, Mariati (2010) Masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar Perdana Jabatan Pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan (JPTK) Fakulti Pendidikan, UTM Dalam Menjalani Latihan Industri. Masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar Perdana Jabatan Pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan (JPTK) Fakulti Pendidikan, UTM Dalam Menjalani Latihan Industri . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
45kB

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau masalah yang dihadapi oleh pelajar perdana Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dalam menjalani latihan industri. Masalah yang dikaji adalah daripada aspek penempatan pelajar, aspek hubungan komunikasi antara majikan dan rakan sekerja dengan pelajar, aspek keselamatan di industri dan aspek beban kerja oleh pihak industri terhadap pelajar yang menjalani latihan industri. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada 103 orang pelajar. Data-data kajian diperolehi melalui borang soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Pakage for Social Sciences Windows 15.0 (SPSS). Peratusan digunakan untuk mentafsirkan setiap pernyataan yang dinyatakan itu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa masalah utama ialah masalah penempatan. Seterusnya masalah kedua adalah masalah yang berkaitan dengan aspek beban kerja dan diikuti oleh masalah yang berhubung dengan aspek hubungan komunikasi. Manakala masalah yang kurang dihadapi oleh pelajar yang menjalani latihan industri adalah daripada aspek keselamatan di tempat industri. Akhir sekali, cadangan yang sesuai telah dikemukakan untuk memperbaiki pelaksanaan Program Latihan Industri agar ia menjadi lebih berkesan bagi mencapai objektif program tersebut.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:masalah pelajar perdana, latihan industri
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10909
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Nov 2010 08:04
Last Modified:09 Nov 2010 08:04

Repository Staff Only: item control page