Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap penguasaan kemahiran membuat inferens, membuat hipotesis dan mentafsir data dalam kalangan pelajar tahun empat Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

Sulaiman, Seth and Aziz, Rugayah (2010) Tahap penguasaan kemahiran membuat inferens, membuat hipotesis dan mentafsir data dalam kalangan pelajar tahun empat Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains). Tahap Penguasaan Kemahiran Membuat Inferens, Membuat Hipotesis Dan Mentafsir Data Dalam Kalangan Pelajar Tahun Empat Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
231kB

Abstract

Kemahiran Proses Sains (KPS) merupakan satu kemahiran penting dalam mempelajari Sains. KPS membantu pelajar menguasai ilmu Sains dengan lebih baik. Jadi kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan pelajar Tahun Empat Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains) (SPN) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam kemahiran membuat inferens, membuat hipotesis dan mentafsir data. Responden kajian terdiri daripada 55 orang pelajar Perdana dan pelajar PKPG Tahun Empat SPN UTM. Instrumen kajian dinamakan Ujian Pencapaian Tahap Penguasaan Kemahiran Proses Sains (UPTPKPS) yang mengandungi 35 item berbentuk soalan objektif. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Perisian statistical Packages For social science for Windows (SPSS) versi 11.5. Hasil analisis dipersembahkan dalam bentuk min, sisihan lazim, maksimum, minimum dan peratusan. Kebolehpercayaan instrumen kajian dengan nilai Alpha Cronbach (?) adalah memuaskan iaitu bernilai .83. Tahap kemahiran proses sains yang dipilih pada keseluruhannya adalah baik dengan min ialah 24.7 dari markah maksimum 35 dan peratusan min sebanyak 70.66%. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap penguasaan pelajar merentasi program pengajian.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Kemahiran Proses Sains (KPS), tahap penguasaan pelajar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10886
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:06 Nov 2010 07:09
Last Modified:08 Jun 2012 04:08

Repository Staff Only: item control page