Mohd. Kosnin, Azlina and Mohd. Khalid, Siti Hajjar (2010) Strategi-Strategi Pemahaman Dalam Penyelesaian Masalah Matematik Berperkataan Dalam Kursus Statistik 1. Strategi-Strategi Pemahaman Dalam Penyelesaian Masalah Matematik Berperkataan Dalam Kursus Statistik 1 . pp. 1-12. (Unpublished)
|
PDF
216kB |
Abstract
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji strategi-strategi pemahaman yang digunakan untuk menyelesaikan masalah matematik khususnya matematik berperkataan. Kajian ini telah dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia. Sampel kajian adalah seramai 10 pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun satu kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik). Satu ujian bertulis Statistik 1 telah diberikan kepada responden dan dianalisis dengan menggunakan kaedah kuantitatif(peratusan) dan kaedah kualitatif(huraian). Temubual dengan kesemua responden telah dilakukan dan temubual tersebut dirakam. Temubual yang telah dirakam ditranskrip untuk dianalisis. Analisis menunjukkan beberapa strategi-strategi pemahaman telah digunakan dalam penyelesaian masalah matematik berperkataan iaitu strategi pemahaman dari segi umum(penterjemahan dan internalisasi), strategi pemahaman dari segi frasa (mengenalpasti subjek, kata kunci dan arahan) dan strategi pemahaman dari segi bahasa (semantik dan sintaktik). Selain itu, kajian juga mendapati strategi pemahaman dari segi frasa (mengenalpasti kata kunci) paling banyak kali digunakan dan mempunyai peratusan yang tinggi mendapat jawapan yang betul (36.6%).
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | masalah matematik, strategi-strategi pemahaman |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10885 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 06 Nov 2010 07:03 |
Last Modified: | 26 Feb 2017 07:48 |
Repository Staff Only: item control page