Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Kesediaan Pengetahuan Dan Kemahiran Amali Guru-Guru PKPG Sekolah Rendah Mengajar Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah.

Mohd. Kosnin, Azlina and Che Ahmad, Mazlifah (2010) Tahap Kesediaan Pengetahuan Dan Kemahiran Amali Guru-Guru PKPG Sekolah Rendah Mengajar Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah. Tahap Kesediaan Pengetahuan Dan Kemahiran Amali Guru-Guru PKPG Sekolah Rendah Mengajar Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah. . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
41kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru-guru PKPG sekolah rendah, mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup (komponen pilihan) di sekolah menengah dari aspek pengetahuan dan kemahiran amali. Sampel kajian terdiri daripada 86 orang guru-guru sekolah rendah PKPG, UTM kemasukan sesi 2005-2008. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian ini. Data kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 13.0 untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan perbezaan min bagi setiap komponen pilihan dalam aspek yang dikaji. Hasil analisis menunjukkan tahap kesediaan guru-guru PKPG sekolah rendah, berada pada tahap sederhana dalam komponen pilihan Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga serta Perniagaan dan Keusahawanan manakala komponen pilihan Pertanian berada pada tahap tinggi. Terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan tahap kesediaan pengetahuan dan kemahiran amali responden dalam tiga daripada empat komponen pilihan. Responden lelaki lebih bersedia dalam Kemahiran Teknikal berbanding responden perempuan yang lebih bersedia dalam Ekonomi Rumah Tangga serta Perniagaan dan Keusahawanan manakala, bagi komponen pilihan Pertanian kedua-dua responden bersedia daripada kedua-dua aspek yang dikaji. Dapatan kajian telah dibincangkan dan cadangan-cadangan berkaitan turut dikemukakan dalam laporan ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pengetahuan dan kemahiran amali, guru PKPG
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10838
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:01 Nov 2010 10:18
Last Modified:27 Feb 2017 06:39

Repository Staff Only: item control page