Minghat, Asnul Dahar and Samsudin, Zulkifli (2010) Faktor – Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Pelajar Mengikuti Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah Akademik Harian Di Daerah Hulu Langat, Selangor. Faktor – Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Pelajar Mengikuti Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah Akademik Harian Di Daerah Hulu Langat, Selangor. . pp. 1-7. (Unpublished)
|
PDF
94kB |
Abstract
Kajian berbentuk deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti faktor - faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah-sekolah akademik harian di Daerah Hulu Langat, Selangor. Faktor-faktor yang dikaji ialah seperti faktor peluang pekerjaan, faktor pengurusan sekolah, faktor minat dan faktor ibubapa/ keluarga. Responden kajian adalah seramai 80 orang pelajar yang mengikuti matapelajaran vokasional di sekolah akademik harian di Daerah Hulu Langat, Selangor. Set soalselidik digunakan sebagai instrumen kajian ini. Nilai indeks kebolehpercayaan item soal selidik adalah α = 0.894. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package of the Sosial Sciences” (SPSS) versi 13 untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Hasil dapatan kajian, menunjukkan faktor minat berada pada tahap tinggi dengan purata nilai min 3.68 dalam mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional, faktor peluang pekerjaan dengan purata nilai min 3.63, faktor pengurusan sekolah dengan purata nilai min 3.55 dan faktor ibu bapa/ keluarga dengan purata nilai min 3.52 berada pada tahap sederhana dalam mempengaruhi pemilihan pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah - sekolah akademik harian di Daerah Hulu Langat, Selangor. Beberapa cadangan dikemukakan bagi kajian lanjutan dijalankan. Katakunci : pemilihan pelajar, vokasional, sekolah akademik harian
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | pemilihan pelajar, vokasional, sekolah akademik harian |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10820 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 30 Oct 2010 12:24 |
Last Modified: | 11 Feb 2017 03:34 |
Repository Staff Only: item control page