Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Kemahiran “Employability” Banduan Pra Bebas Di Kompleks Penjara Kluang, Johor

Abu Bakar, Zainuddin and Salihhuddin, Farhana Salwa (2010) Tahap Kemahiran “Employability” Banduan Pra Bebas Di Kompleks Penjara Kluang, Johor. Tahap Kemahiran “Employability” Banduan Pra Bebas Di Kompleks Penjara Kluang, Johor . pp. 1-11. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
271kB

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan melihat tahap kemahiran “employability” banduan pra bebas di Kompleks Penjara Kluang, Johor. Kemahiran yang dikaji ialah kemahiran bertanggungjawab, kemahiran bersikap positif, kemahiran membuat penyesuaian dan kemahiran bekerja dengan orang lain. Responden kajian seramai 40 orang terlibat dalam penyelidikan ini. Mereka terdiri daripada banduan pra bebas di Kompleks Penjara Kluang Johor. Data dikumpul dengan menggunakan instrument soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian “ Statistical Package For the Social Sciences” (SPSS 15.0). Kajian rintis telah dijalankan di kalangan 10 orang banduan pra bebas di Penjara Simpang Rengam Johor. Darjah kebolehpercayaan bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ? = 0.679. Analisis data dilakukan secara frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap ‘employability’ para banduan pra bebas di Kompleks Penjara Kluang ini berada pada tahap yang tinggi. Kemahiran tertinggi yang dicatatkan adalah kemahiran membuat penyesuaian, diikuti dengan kemahiran bersikap positif, diikuti pula dengan kemahiran bekerja dengan orang lain dan yang akhir sekali ialah kemahiran bertanggungjawab. Ini menunjukkan bahawa banduan pra bebas mempunyai kemahiran ’employability’ yang tinggi setelah menjalani latihan vokasional sepanjang menjalani hukuman di penjara.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap kemahiran “employability”, banduan pra bebas
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10812
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:29 Oct 2010 14:21
Last Modified:15 Aug 2017 01:41

Repository Staff Only: item control page