Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri Bagi Perisian Adobe Flash Cs3 Professional

Md Salleh, Shaharuddin and Abu Bakar, Zatika Izwani (2010) Pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri Bagi Perisian Adobe Flash Cs3 Professional. Pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri Bagi Perisian Adobe Flash Cs3 Professional . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
106kB

Abstract

Perbezaan tahap penerimaan individu terhadap satu-satu pembelajaran merupakan satu masalah pendidikan yang tidak dapat dielakkan. Ini kerana setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain dari segi minat, kelebihan diri, kemahiran mengingat dan sebagainya. Bagi mengurangkan kekangan tersebut, pembangun telah mengambil satu inisiatif membangunkan sebuah Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Adobe Flash CS3 berteraskan Pengajaran Individu sejajar dengan keperluan pendidikan kita hari ini. Selain dijadikan bahan rujukan tambahan, MPK ini juga membolehkan pelajar mengikuti secara langkah demi langkah dalam menguasai sesuatu unit pembelajaran mengikut kecekapan dan kebolehan mereka sendiri. Ini bertepatan dengan prinsip Model Burns yang telah digunakan dalam proses merekabentuk modul. Disusuli dengan gabungan teori konstruktivisme dan kognitif, ianya menjadikan kesan pembelajaran yang terhasil lebih bermakna yang mana teori-teori ini menekankan pembelajaran sepanjang hayat. Diharapkan MPK ini dapat mengukuhkan lagi kefahaman pelajar dalam menghasilkan animasi berkomputer menggunakan perisian Adobe Flash CS3 sama ada dalam pembangunan aplikasi CD-ROM atau laman web.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Adobe Flash CS3, Modul Pembelajaran Kendiri (MPK)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10779
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:27 Oct 2010 15:25
Last Modified:15 Aug 2017 00:19

Repository Staff Only: item control page