Sihes, Ahmad Johari and Aziz, Aidah Quriah (2010) Gaya Pembelajaran Pelajar-Pelajar Cemerlang Tahun Empat Fakulti Pendidikan. Gaya Pembelajaran Pelajar-Pelajar Cemerlang Tahun Empat Fakulti Pendidikan . pp. 1-9. (Unpublished)
|
PDF
67kB |
Abstract
Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajarpelajar cemerlang tahun empat Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 56 orang responden yang terdiri daripada 48 orang perempuan dan lapan orang responden lelaki yang dipilih berdasarkan purata CPA 3.5 keatas. Gaya yang dikaji adalah model gaya pembelajaran Kolb(1976). Instrumen soal selidik digunakan untuk mengumpulkan maklumat dalam penyelidikan ini. Data dianalisis untuk melihat frekuensi dan peratusan. Dapatan dari kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar cenderung kepada gaya pembelajaran Diverger disusuli dengan gaya pembelajaran Assimilator sebagai gaya pembelajaran yang kedua kerap diamalkan. Converger dan Accomadator adalah gaya pembelajaran yang paling kurang diamalkan. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran pelajar dengan kesemua pembolehubah yang telah ditentukan iaitu Jantina, pendapatan keluarga dan keputusan Matematik Moden dan Bahasa Inggeris dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Beberapa cadangan dikemukakan untuk mempertingkatkan lagi mutu pembelajaran pelajarpelajar ke arah yang lebih cemerlang.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | gaya pembelajaran |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10775 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 27 Oct 2010 15:13 |
Last Modified: | 15 Aug 2017 00:32 |
Repository Staff Only: item control page