Yeo, Kee Jiar and Paimin, Siti Zamnah (2010) Hubungan Antara Harga Diri Dengan Pencapaian Mata Pelajaran Matematik Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Hubungan Antara Harga Diri Dengan Pencapaian Mata Pelajaran Matematik Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah . pp. 1-10. (Unpublished)
|
PDF
137kB |
Abstract
Dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar, para guru perlu mengetahui faktorfaktor yang mempengaruhi pencapaian seperti kebolehan kognitif, ingatan, minat, kesediaan, persekitaran dan harga diri. Banyak dapatan kajian menunjukkan harga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. Sehubungan dengan itu, kajian untuk mengenal pasti tahap harga diri dan pencapaian Matematik pelajar serta hubungan di antara kedua-dua pemboleh ubah. Kajian ini telah dijalankan ke atas 220 orang pelajar tingkatan 2 di dua buah sekolah menengah di daerah Batu Pahat. Populasi kajian dan sampel dipilih secara rawak. Alat kajian mengandungi 30 item soal selidik. Dapatan kajian mendapati kebanyakan pelajar mempunyai tahap harga diri yang sederhana. Selain itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara harga diri pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Pencapaian mata pelajaran Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara harga diri pelajar yang mendapat pencapaian tinggi dengan pencapaian rendah dalam Matematik. Nilai pekali korelasi yang diperoleh menunjukkan terdapat hubungan yang negatif antara harga diri dengan pencapaian Matematik. Berdasarkan dapatan kajian, sewajarnya kajian selanjutnya dijalankan dengan melibatkan lebih pemboleh ubah dan sampel untuk mendapatkan suatu perspektif yang lebih menyeluruh tentang harga diri. Guru-guru pula disarankan melaksanakan strategi untuk meningkatkan harga diri pelajar selain fokus terhadap isi kandungan subjek.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | harga diri, pencapaian matematik |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10761 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 26 Oct 2010 13:52 |
Last Modified: | 14 Aug 2017 08:50 |
Repository Staff Only: item control page