Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Bagi Autocad 2d

Sidek, Rosnizammuddin Shah and Wan Abdul Rahman, Wan Mansor (2010) Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Bagi Autocad 2d. Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Bagi Autocad 2d . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
38kB

Abstract

Pembangunan modul kendiri yang terdapat di pasaran pada masa kini banyak membantu pelajar dalam mempelajari sesuatu topik secara sendiri. Selain itu, penggunaan modul pembelajaran kendiri adalah salah satu cara untuk membantu pelajar dalam memahami sesuatu subjek dengan lebih baik. Justeru itu, pengkaji mengambil inisiatif untuk membangunkan modul pembelajaran kendiri bagi topik Autocad 2D. Modul ini dibina berdasarkan silibus subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Modul ini menggunakan pendekatan penerangan langkah demi langkah serta berasaskan Teori Beban Kognitif. Pembinaan topik bagi modul ini adalah berdasarkan kepada perisian Autocad 2D sepenuhnya. Penilaian formatif dilaksanakan pada setiap fasa pembangunan bersama penyelia untuk memastikan modul pembelajaran yang dibangunkan menepati objektif dan sasaran pembinaannya. Oleh itu, pembinaan modul pembelajaran ini diharap dapat membantu para pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan pelajar di sekolah dalam mempelajari dan menguasai penggunaan Autocad 2D dengan lebih jelas dan mudah.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:autocad 2d, modul pembelajaran kendiri (mpk)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10756
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:26 Oct 2010 13:33
Last Modified:14 Aug 2017 08:36

Repository Staff Only: item control page