Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Keberkesanan Usaha-Usaha Yang Dijalankan Oleh Penduduk Kampung Segamat, Johor Bagi Meningkatkan Sumber Pendapatan Mereka Melalui Bidang Pertanian

Rajuddin, Muhammad Rashid and Mohamad Saleh, Mohd Dzulfadli (2010) Tahap Keberkesanan Usaha-Usaha Yang Dijalankan Oleh Penduduk Kampung Segamat, Johor Bagi Meningkatkan Sumber Pendapatan Mereka Melalui Bidang Pertanian. Tahap Keberkesanan Usaha-Usaha Yang Dijalankan Oleh Penduduk Kampung Segamat, Johor Bagi Meningkatkan Sumber Pendapatan Mereka Melalui Bidang Pertanian . pp. 1-14. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
73kB

Abstract

Kajian ini adalah berkenaan tahap keberkesanan usaha-usaha yang dijalankan oleh penduduk kampung Segamat, Johor bagi meningkatkan sumber pendapatan mereka melalui bidang pertanian. Antara usaha-usaha yang difokuskan ialah keberkesanan penggunaan teknologi dalam pertanian, usaha dalam menguruskan kewangan mereka, usaha dalam pemasaran yang telah dilakukan dan usaha dalam latihan atau kursus yang pernah disertai oleh mereka. Kajian ini adalah berbentuk diskriptif yang menerangkan fenomena atau keadaan semasa. Instrumen kajian yang digunakan ialah temuduga berstruktur yang diberikan kepada seramai 30 orang petani di kampung-kampung Segamat, Johor. Datadata yang telah dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows Version 12.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap keberkesanan program latihan pertanian dan strategi pemasaran adalah berada di tahap yang rendah. Tetapi, tahap keberkesanan pengurusan kewangan dan penggunaan teknologi berada di tahap yang sederhana. Beberapa cadangan telah dibuat seperti menggalakkan penggunaan bioteknologi dan terdapat juga model pertanian yang dibuat oleh penyelidik untuk memudahkan usahawan tani ini Berjaya dalam bidang mereka. Hasil dapatan kajian dan model ini diharapkan dapat membantu kajian-kajian lanjutan dan membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh usahawan tani.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:sumber pendapatan, pertanian
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10707
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:22 Oct 2010 10:41
Last Modified:14 Aug 2017 06:48

Repository Staff Only: item control page