Abdul Latif, Adibah and Kuberan, Malathy (2010) Kesediaan Bakal Guru Siswazah Yang Mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Untuk Mengajar Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Satu Kajian Kes. Kesediaan Bakal Guru Siswazah Yang Mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Untuk Mengajar Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Satu Kajian Kes. . pp. 1-7. (Unpublished)
|
PDF
65kB |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesediaan bakal guru siswazah yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru untuk mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan setelah tamat pengajian di Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini menyentuh dua aspek iaitu sikap dan kemahiran bakal guru siswazah tersebut. Kajian dijalankan dengan menggunakan instrumen soal selidik kepada semua bakal guru siswazah tahun 4 kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan di Fakulti Pendidikan, UTM. Respondennya adalah seramai 100 orang .Instrumen kajian adalah dalam bentuk soalselidik dan nilai kebolehpercayaan (alpa croanbach) yang diuji melalui kajian rintis adalah ? = 0.7159.. Data mentah dianalisis menggunakan perisian SPSS Statistical Package For Sosial Science 11.5 meliputi kekerapan, peratus, min, sisihan Piawai dan Ujian-t. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumuskan bagi mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumuskan bagi mendapatkan satu gambaran yang jelas mengenai kesediaan bakal guru siswazah untuk mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bakal guru siswazah PKPG menunjukkan kesediaan dari segi sikap dan kemahiran untuk mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di sekolah. Berdasarkan Ujian-t didapati bahawa tiada perbebezaan yang dikenalpasti antara jantina
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Lukisan Kejuruteraan, Program Khas Pensiswazahan Guru |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10673 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 21 Oct 2010 06:43 |
Last Modified: | 14 Aug 2017 01:29 |
Repository Staff Only: item control page