Daud, Zaiton and Noordin, Shaharom (2008) Status penglibatan pelajar tingkatan empat sekolah menengah teknik dalam aktiviti kerja amali fizik. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 13 . pp. 44-57. ISSN 1394-1801
|
PDF
- Published Version
669kB |
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti status penglibatan pelajar tingkatan empat dalam aktiviti kerja amali di sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru. Seramai 312 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Soal selidik Cara Penglibatan Pelajar (CPP) yang mengandungi 60 item soalan skala Likert digunakan untuk mendapat maklumat tentang status penglibatan pelajar dalam aktiviti kerja amali. Markah minimum 65% tetah digunakan untuk membezakan antara penglibatan aktif dengan penglibatan pasif. Hasil kajian menunjukkan bahawa nilai markah purata keseluruhan semua pelajar adalah 53%. Nilai markah purata yang lebih rendah daripada nilai markah minimum 65% menunjukkan secara umumnya pelajar-pelajar terlibat secara pasif dalam aktiviti kerja amali fizik. Hasil kajian ini memberi implikasi bahawa amalan kerja amali dalam kalangan pelajar tidak berubah walaupun kurikulum yang disemak semula yang mengutamakan pembelajaran bertikrah telah diguna pakai sejak tahun 2002.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | status penglibatan. kerja amali sains |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10658 |
Deposited By: | Zalinda Shuratman |
Deposited On: | 22 Oct 2010 01:25 |
Last Modified: | 01 Nov 2017 04:17 |
Repository Staff Only: item control page