Idris, Abdul Razak and Chan, Daniel (2010) Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Matematik Di Daerah Kota Star, Kedah. Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Matematik Di Daerah Kota Star, Kedah . pp. 1-6. (Unpublished)
|
PDF
71kB |
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk meninjau penggunaan komputer di kalangan guru-guru dalam pengajaran mata pelajaran matematik. Sampel kajian terdiri daripada 183 orang guru yang mengajar mata pelajaran matematik di sekolah menengah sekitar daerah Kota Star, Kedah yang dipilih secara rawak. Data dikumpul dengan menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis secara deskriptif. Nilai alpha yang diperolehi melalui kajian rintis ialah 0.84. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada guru-guru yang mengajar Matematik tentang persepsi, pengetahuan dan sikap mereka terhadap pengajaran Matematik berbantukan komputer. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa guru mempunyai persepsi yang baik terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran Matematik. Para guru juga berpengetahuan serta berminat untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Di bahagian akhir, pengkaji telah menyarankan beberapa cadangan untuk penggunaan komputer dalam pengajaran Matematik berdasarkan dapatan kajian.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | guru, computer, matematik |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10642 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 19 Oct 2010 15:11 |
Last Modified: | 13 Aug 2017 08:28 |
Repository Staff Only: item control page