Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kepuasan Bekerja Staf Akademik Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Ismail, Sarimah and Talip, Faridatul Akmar (2010) Kepuasan Bekerja Staf Akademik Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Kepuasan Bekerja Staf Akademik Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
37kB

Abstract

Kepuasan bekerja adalah alat pengukur dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Sekiranya organisasi dapat memberikan kepuasan kepada pekerjanya, ianya bukan sahaja dapat meningkatkan imej sesebuah organisasi tetapi juga dapat meningkatkan motivasi dan produktiviti semua pekerjanya. Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengenalpasti kepuasan bekerja dikalangan staf akademik Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Seramai 13 orang responden terlibat dalam kajian yang berbentuk kualitatif kajian kes ini. Instrumen yang digunakan adalah protokol temubual. Data yang diperolehi dianalisa secara manual melibatkan pengkodan dan interpritasi atau tafsiran data. Semua langkah ini dilakukan secara berulang-ulang sehinggalah proses pengumpulan data mencapai tahap data tepu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden menyatakan beberapa faktor kepuasan bekerja iaitu faktor rakan sekerja, pelajar, Ketua Jabatan serta insentif dan gaji. Manakala faktor ketidakpuasan bekerja pula adalah beban kerja, pengurusan akademik, hubungan staf senior dan junior, staf sokongan, kekurangan bilik kuliah, kemudahan bengkel atau makmal dan kekurangan tenaga pengajar. Di akhir kajian ini diusulkan beberapa cadangan yang sesuai bagi meningkatkan tahap kepuasan bekerja di kalangan staf akademik JPTK, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK), Kepuasan bekerja
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10609
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:18 Oct 2010 13:57
Last Modified:13 Aug 2017 07:34

Repository Staff Only: item control page