Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Panduan Penggunaan Sistem MOODLE Untuk Pendidik Melalui Pendekatan Video Interaktif Dan Pembelajaran Berasaskan Contoh

Harun, Jamalludin and Mohd Jani, Zawanah (2010) Pembangunan Panduan Penggunaan Sistem MOODLE Untuk Pendidik Melalui Pendekatan Video Interaktif Dan Pembelajaran Berasaskan Contoh. Pembangunan Panduan Penggunaan Sistem MOODLE Untuk Pendidik Melalui Pendekatan Video Interaktif Dan Pembelajaran Berasaskan Contoh . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
44kB

Official URL: https://core.ac.uk/display/11785963/tab/similar-li...

Abstract

Moodle merupakan satu perisian sumber terbuka sistem pengurusan kursus (CMS) atau dikenali sebagai sistem pengurusan pembelajaran (LMS). Pendidik, tenaga pengajar, pelajar serta institusi pendidikan telah memilih Moodle sebagai medium untuk berkomunikasi dalam komuniti, berkongsi bahan pengajaran, mereka bentuk kuiz dan sebagainya. Moodle boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi pendidikan berdasarkan prinsip konstruktivis sosial dan sangat sesuai dijadikan sebagai pendekatan pengajaran yang melibatkan interaksi antara pengguna dan penyampaian isi pelajarannya. Fokus utama projek ini adalah untuk menyampaikan video tutorial yang menerangkan mengenai Moodle. Ia meliputi penggunaan asas Moodle bagi mereka yang baru dalam pembelajaran maya ini. Projek ini melibatkan penggunaan pelbagai elemen multimedia dan Moodle itu sendiri untuk menyampaikan bahan pelajaran dan latihan. Pengguna boleh melihat video dan contoh serta merta. Penglibatan contoh sahaja menjadikan satu proses pembelajaran menjadi pasif. Maka kombinasi antara multimedia interaktif dalam latihan dan pembelajaran berasaskan contoh menggalakkan pelajar lebih aktif dalam proses pembelajaran. Proses pembangunan sistem ini dibangunkan melalui model reka bentuk ADDIE. Moodle dipilih sebagai sistem pengurusan pembelajaran (LMS) yang utama untuk menyediakan suasana e-pembelajaran dan ianya disokong oleh perisian lain seperti Adobe Captivate dan Adobe Photoshop. Pembangunan projek diharapkan dapat menjadikan sistem pembelajaran ini digunakan bagi membantu para pendidik untuk mereka bentuk web interaktif yang mana mereka boleh berkomunikasi dengan pelajar secara efektif dalam sistem pendidikan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Moodle, Video Interaktif
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10592
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Oct 2010 14:25
Last Modified:13 Aug 2017 06:34

Repository Staff Only: item control page