Jonid, Muslim and Md Nor, Nor Fadhillah (2010) Pembangunan Web Portal Berasaskan MOODLE Bertajuk ‘Simple Machines: Levers’ Tingkatan Dua. Pembangunan Web Portal Berasaskan MOODLE Bertajuk ‘Simple Machines: Levers’ Tingkatan Dua . pp. 1-7. (Unpublished)
|
PDF
284kB |
Abstract
Penggunaan komputer yang meluas telah mencetuskan satu fenomena baru kepada dunia pendidikan di Malaysia. Penggunaan komputer yang maksimum telah digunakan sebagai satu bahan yang mampu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu satu web portal telah dibangunkan sebagai memenuhi objektif tersebut. Web portal ini menggunakan MOODLE sebagai medium penyampaian untuk dijadikan sebagai e-Pembelajaran secara maya oleh pengguna. Dengan terbangunnya web portal ini pengguna mudah untuk mencapai bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan dan masalah kekangan masa tidak timbul sama sekali. Web portal ini juga diterbitkan dalam versi bahasa Inggeris yang bertajuk Simple Machines:Levers telah dibangunkan untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Perisian yang digunakan ialah Microsoft Office PowerPoint 2003. Perisian sokongan yang digunakan termasuk Adobe Photoshop CS, Sony Vegas 5.0, Sonic Foundry Sound Forge 7.0, Ulead Cool 3D 3.5, Ulead Cool 3D Production Studio, dan Macromedia Flash MX bagi mengintegrasikan elemen multimedia seperti audio, grafik, video, animasi dan teks.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | MOODLE, Simple Machines : Levers |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10584 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 15 Oct 2010 14:40 |
Last Modified: | 13 Aug 2017 03:42 |
Repository Staff Only: item control page