Saud, Muhammad Sukri and Monil, Norhisham (2010) Faktor-Faktor Pendorong Guru-Guru Teknikal Bukan Siswazah Menyambung Pengajian Memiliki Ijazah. Faktor-Faktor Pendorong Guru-Guru Teknikal Bukan Siswazah Menyambung Pengajian Memiliki Ijazah . pp. 1-9. (Unpublished)
|
PDF
90kB |
Abstract
Terdapat pelbagai faktor yang mendorong guru-guru bukan siswazah teknikal untuk melanjutkan pelajaran dan memiliki ijazah. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui faktor yang mendorong, persediaan serta persiapan guru untuk melanjutkan pelajaran dan matlamat sebenar guru-guru bukan siswazah teknikal ingin memiliki ijazah. Responden terdiri daripada 134 orang pelajar dari kursus Kemahiran Hidup, Kejuruteraan Awam dan Elektrik dalam Program Khas Pengsiswazahan Guru yang sedang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia. Guru-guru yang mengikuti program pengsiswazahan ini terdiri daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan diedarkan kepada responden. Penganalisaan data dibuat dengan menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Science Windows 15) dan dinyatakan dalam bentuk peratusan. Kajian mendapati secara keseluruhannya faktor pendorong dan matlamat guru memiliki ijazah dipengaruhi oleh faktor dalaman seperti sikap, minat dan motivasi. Insan yang bergelar guru mestilah sentiasa bersedia untuk menerima serta menambah ilmu pengetahuan, teknik, kemahiran dan idea yang sering berkembang begitu cepat sejajar dengan perkembangan mengikut perubahan semasa supaya tidak ketinggalan di dalam ilmu pendidikan untuk disampaikan kepada pelajar.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | faktor pendorong duru teknikal bukan siswazah |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10576 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 15 Oct 2010 03:24 |
Last Modified: | 13 Aug 2017 01:29 |
Repository Staff Only: item control page