Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan web portal berasaskan MOODLE bagi tajuk ‘Electrolysis of Aqueous Solution’ kimia tingkatan empat

Jonid, Musim and Marsidi, Hamidah (2010) Pembangunan web portal berasaskan MOODLE bagi tajuk ‘Electrolysis of Aqueous Solution’ kimia tingkatan empat. Pembangunan Web Portal Berasaskan MOODLE Bagi Tajuk ‘Electrolysis Of Aqueous Solution’ Kimia Tingkatan Empat . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
224kB

Abstract

Pembelajaran berasaskan web semakin kerap diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pembangunan web portal bagi tajuk „Electrochemistry? ini menggunakan Sistem Pengurusan Kursus MOODLE, adalah satu langkah yang sesuai untuk menambahkan lagi bilangan bahan pembelajaran secara dalam talian. Sejajar dengan itu, web portal ini dibangunkan dalam versi Bahasa Inggeris demi menyahut cabaran negara menjayakan visi negara dalam inisiatif dasar P&P bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Interaksi antara para pelajar dan guru menjadi faktor utama menjadikan proses P&P berlaku dalam suasana Konstruktivisme sosial. Pelbagai bahan kursus yang dibangunkan iaitu bahan kursus statik, bahan kursus interaktif yang merangkumi „Lesson. Quiz, Assignment,dan Choices’, dan bahan kursus sosial yang merangkumi „Forum dan Chat’ yang dapat melengkapkan proses P&P yang berlaku. Nota-nota dan aktiviti yang disediakan adalah menggunakan perisian Microsoft Office PowerPoint sebagai platform utama untuk menyampaikan isi pembelajaran dengan menggabungkan elemen-elemen multimedia yang luas. Projek ini menggunakan pendekatan bersistem model ASSURE yang merangkumi 6 fasa iaitu Analisis Pelajar, Menyatakan Objektif, Memilih Kaedah, Media dan Bahan, Mengguna Media dan Bahan, Penglibatan Pelajar, dan Menilai dan Mengulang Kaji.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:web portal, MOODLE, Electrolysis Of Aqueous Solution, kimia
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10562
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Oct 2010 12:58
Last Modified:10 May 2011 09:44

Repository Staff Only: item control page