Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Guru Terhadap Kualiti Perkhidmatan Makanan Di Kantin Sekolah Rendah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor

Mohd. Said, Mohd. Rizal and Mohamed Mobin, Surati (2010) Persepsi Guru Terhadap Kualiti Perkhidmatan Makanan Di Kantin Sekolah Rendah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor. Persepsi Guru Terhadap Kualiti Perkhidmatan Makanan Di Kantin Sekolah Rendah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
40kB

Abstract

Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengenalpasti persepsi guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin Sekolah Rendah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor. Instrumen kajian adalah berbentuk soal selidik. Seramai 32 orang guru SRK Kangkar Pulai telah dipilih sebagai responden kajian. Kajian dijalankan dengan mengedarkan satu set soal selidik kepada setiap responden. Data telah dianalisis secara statistik deskriptif dengan menggunakan program Statistical Package For Social Sciences(SPSS) 13.0 For Window yang menjurus kepada kekerapan, peratusan dan nilai min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi responden dari aspek kebersihan makanan, kepelbagaian jenis makanan, penyediaan makanan dan amalan pengendali kantin adalah tinggi. Walau bagaimanapun, menurut persepsi guru, pengendali kantin kurang mengamalkan amalan kebersihan ketika mengendalikan makanan. Selain itu, di kantin sekolah tidak terdapat kepelbagaian menu. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan bagi mencadangkan dan membantu pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan makanan di Sekolah Rendah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kantin, kualiti, makanan, persepsi guru, Sekolah Rendah Kebangsaan Kangkar Pulai
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10528
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Oct 2010 09:24
Last Modified:28 Feb 2017 05:18

Repository Staff Only: item control page