Ismail, Zaleha and Razib, Siti Diyana (2010) Pembangunan Ruangan Perisian Dan Fakta Ringkas Dalam Majalah Web Dinamik ‘Dunia Matematik’. Pembangunan Ruangan Perisian Dan Fakta Ringkas Dalam Majalah Web Dinamik ‘Dunia Matematik’ . pp. 1-9. (Unpublished)
|
PDF
48kB |
Abstract
Pandangan tentang matematik tercemar berikutan cara ia diajar di sekolah. Sistem persekolahan zaman sekarang berasaskan peperiksaan di mana pembelajaran terlalu bertumpu kepada pengiraan dan penggunaan rumus manakala kaedah pembelajaran terbatas kepada latih tubi. Oleh itu, pelajar mempunyai sikap yang negatif terhadap matematik. Dalam realiti, matematik merupakan ilmu yang sangat berguna dalam kehidupan seharian, menarik dan menyeronokkan. Dengan mengaplikasikan teknologi e-pembelajaran, Dunia Matematik bertujuan untuk mendedahkan sifat matematik sebenar menjangkaui matematik di bilik darjah kepada masyarakat Malaysia terutamanya pendidik, pelajar serta ibu bapa. Ia menekankan pembelajaran terbuka, pembelajaran kendiri dan pembelajaran kolaboratif yang mana membenarkan pelajar untuk belajar secara sendiri selain berinteraksi dengan objek pembelajaran, guru dan rakan sebaya. Ruangan menu utama menonjolkan artikel berkaitan matematik manakala ruangan menu aktiviti menonjolkan permainan interaktif, kuiz atas talian dan soal selidik. Ruangan e-forum, komen dan penghantaran artikel membenarkan pengguna berinteraksi dengan komuniti majalah ini. Projek ini dibangunkan menggunakan sistem pengurusan kandungan Joomla dan sistem pengurusan kursus Moodle dimana kedua-duanya merupakan perisian sumber terbuka. Penulisan ini hanya menumpukan kepada ruangan Perisian dan Fakta Ringkas. Ruangan Perisian mendedahkan pelbagai perisian sumber terbuka yang berkaitan dengan matematik seperti Open Office dan GeoGebra. Aplikasi perisian adalah penting untuk menjana idea pelajar dalam pengiraan kompleks, meneroka geometri, dan konsep kalkulus menggunakan kaedah pembelajaran yang lebih dinamik. Manakala ruangan Fakta Ringkas menghuraikan rahsia matematik dalam kehidupan seharian dan supaya lebih menghargai bidang matematik. Persekitaran pembelajaran dimantapkan dengan grafik, audio dan video. Oleh itu, diharapkan kewujudan Dunia Matematik dapat menerapkan sikap positif dan penghargaan terhadap matematik dalam komuniti Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | majalah web, matematik |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10526 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 10 Oct 2010 09:19 |
Last Modified: | 09 Aug 2017 07:45 |
Repository Staff Only: item control page