Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pelaksanaan Kurikulum Kejuruteraan Awam Dalam Pembelajaran Pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) UTM Skudai, Johor

Hamdan, Abdul Rahim and Shaari, Syazrina (2010) Pelaksanaan Kurikulum Kejuruteraan Awam Dalam Pembelajaran Pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) UTM Skudai, Johor. Pelaksanaan Kurikulum Kejuruteraan Awam Dalam Pembelajaran Pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) UTM Skudai, Johor . pp. 1-12. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
108kB

Abstract

Penyelidikan deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian dan keberkesananpelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologiserta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) UTM, Skudai. Seramai 32 orang pelajar Ijazah Sarjana MudaTeknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) iaitu 17 orang merupakan pelajar Tahun 3 dan 15 orangmerupakan pelajar Tahun 4 telah diambil sebagai responden kajian. Satu set soal selidik telah dibinaberdasarkan empat aspek yang terdapat dalam kurikulum iaitu tempoh pengajaran dan pembelajaran,kandungan dan silibus mata pelajaran kejuruteraan awam, kaedah pengajaran yang dilaksanakan danbahan pengajaran yang digunakan. Kajian rintis melibatkan 10 orang pelajar Ijazah Sarjana MudaKejuruteraan Awam telah dijalankan dan nilai Alpha yang diperolehi ialah 0.943 dan dianggap sebagaisoal selidik ini mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Nilai Alpha bagi setiap konstruk jugadidapatkan. Statistik deskriptif min, sisihan piawai, frekuensi dan peratus telah digunakan untukmenganalisa data. Dapatan kajian menunjukkan tempoh yang diperuntukkan untuk pengajaran danpembelajaran mata pelajaran kejuruteraan awam berada pada tahap sederhana sesuai bagi satu semester.Kandungan dan silibus mata pelajaran kejuruteraan awam dalam membantu kefahaman pelajar semasapembelajaran adalah berada pada tahap sederhana sesuai. Keberkesanan kaedah pengajaran matapelajaran kejuruteraan awam yang dilaksanakan adalah pada tahap sederhana berkesan dalam membantupembelajaran pelajar. Manakala, keberkesanan bahan pengajaran yang digunakan dalam pengajaran matapelajaran kejuruteraan awam adalah berada pada tahap sederhana berkesan dalam membantu pelajar didalam pembelajaran mereka.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kejuruteraan awam
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10525
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Oct 2010 17:16
Last Modified:07 Feb 2017 11:29

Repository Staff Only: item control page