Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Kursus Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan, Utm

Abdullah, Christina Andin @ Nur Qistina and T. Daud, Tuan Mohd Has’wadi (2010) Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Kursus Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan, Utm. Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Kursus Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan, Utm . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
83kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar tahun akhir kursus kemahiran hidup Fakulti Pendidikan, UTM dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini melibatkan dua kumpulan pelajar. Kumpulan pertama terdiri daripada 90 pelajar tahun akhir program perdana dalam pengkhususan Kemahiran Hidup dan 20 pelajar tahun akhir daripada Program Khas Pengsiswazahan Guru (PKPG) dalam pengkhususan kemahiran hidup. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Tahap kebolehpercayaan (Alfa Cronbach) yang diperoleh untuk soal selidik ini ialah 0.942. Data mentah dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for The Social Science) Version 11.5 for Windows untuk mendapatkan nilai peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan pelajar-pelajar mempunyai kemahiran generik dari aspek kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kemahiran berkomunikasi. Ini selaras dengan misi UTM untuk melahirkan bakalbakal guru yang bukan sahaja berkualiti malah dapat mengaplikasikan kemahiran generik dalam pengajaran dan pembelajaran ketika mengajar kelak.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kemahiran generic, kemahiran hidup
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10520
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Oct 2010 11:51
Last Modified:09 Aug 2017 07:11

Repository Staff Only: item control page