Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk Sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga

Mohamed, Mohini and Khairuddin, Siti Salehah (2010) Pembangunan web portal berasaskan moodle bagi tajuk Sexual reproductive system of flowering plant sains tingkatan tiga. Pembangunan Web Portal Berasaskan Moodle Bagi Tajuk Sexual Reproductive System Of Flowering Plant Sains Tingkatan Tiga . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
118kB

Abstract

Pembelajaran sains seharusnya menyeronokkan dan menggalakkan pelajar supaya menjadi lebih kreatif dan berimaginasi. Namun, buku teks hanya mempunyai gambar yang statik dan teks sematamata. Oleh itu, pembangunan web portal berasaskan MOODLE bertajuk Sexual Reproductive System of Flowering Plants telah dibina. Web portal ini dibina berdasarkan model rekabentuk ASSURE dan berdasarkan Teori Konstruktivisme. Teori Konstruktivisme menekankan bahawa pengetahuan dibina oleh pelajar dan guru adalah sebagai fasilitator. Selain itu, pelajar perlu aktif dalam proses pembelajaran. Bahan pembelajaran yang dibina adalah sesuai kepada guru sebagai bahan pengajaran dan pelajar sebagai bahan pembelajaran. Topik Sexual Reproductive System of Flowering Plants ini adalah satu konsep yang abstrak. Dengan adanya web portal ini, konsep yang abstrak telah dijelaskan dengan bantuan animasi dan grafik untuk memudahkan pengguna iaitu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan pengajaran dan pembelajaran ini dibina dengan menggunakan Microsoft PowerPoint sebagai perisian utama dan disokong oleh Adobe Photoshop CS2, Ulead Gif Animator 5.0, Sound Forge 7.0, Sony Vegas 8.0 dan Macromedia Flash Professional 8. Tujuan utama penggunaan Microsoft PowerPoint ini adalah untuk menunjukkan satu tahap penggunaan Microsoft PowerPoint yang lebih tinggi kepada guru khususnya. Selain itu, terdapat pelbagai ciri di dalam web portal ini. Antaranya adalah forum, chat, jurnal, kuiz, tugasan dan lain-lain lagi menjadikan web portal ini sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Web portal ini bukan sahaja terhad kepada guru dan pelajar tetapi boleh digunakan oleh semua. Diharapkan agar web portal ini mampu memberikan manfaat untuk pengguna.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:MOODLE, web portal
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10514
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Oct 2010 11:22
Last Modified:20 Feb 2017 02:50

Repository Staff Only: item control page