Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kekangan Pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah Menengah Negeri Johor

Ismail, Sarimah and Yassin, Farawahida (2010) Kekangan Pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah Menengah Negeri Johor. Kekangan Pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah Menengah Negeri Johor . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
68kB

Abstract

Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah akademik. MPV ini telah dilaksanakan pada tahun 2002. Walaupun mata pelajaran ini telah dilaksanakan selama 7 tahun, masih banyak sekolah tidak mencapai 100 peratus dan cadangan untuk melaksanakan mata pelajaran ini di sekolah lain seterusnya seluruh Malaysia terpaksa ditunda kerana beberapa masalah. Tujuan kajian ini, dijalankan adalah untuk mengenal pasti kekangan yang dihadapi oleh guru-guru dalam mengajar MPV. Pembolehubah dikaji adalah peruntukan kewangan, kemudahan kelengkapan bengkel dan tahap pengetahuan dan kemahiran guru. Kajian ini melibatkan 108 guru-guru yang mengajar MPV dari 55 buah sekolah yang menawarkan MPV diseluruh negeri Johor yang dipilih menggunakan persampelan bertujuan. Set borang soal selidik digunakan dan data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science-Version 15.0 (SPSS) bagi mendapatkan frekuansi, peratusan dan min. Daripada tiga persoalan kajian yang dikemukan, didapati aspek kemudahan kelengkapan di bengkel lebih memberi kekangan dengan nilai min 3.42, diikuti dengan aspek peruntukan kewangan dengan min 3.72. Pengetahuan dan kemahiran guru kurang memberi kekangan dengan min 4.27. Ini menunjukkan bahawa pembolehubah yang dikaji tidak memberi kekangan kepada guru-guru dalam mengajar MPV. Walaupun begitu, disarankan agar aspek kemudahan kelengkapan di bengkel diberi perhatian supaya program MPV ini dapat berjalan dengan baik dan sempurna.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:mata pelajaran vokasional
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10497
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:07 Oct 2010 06:58
Last Modified:08 Aug 2017 06:43

Repository Staff Only: item control page