Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan web portal berasaskan MOODLE bagi subtopik human reproductive system dalam matapelajaran sains KBSM tingkatan tiga

Mohamed, Mohini and Mohd. Zain, Siti Nadiah (2010) Pembangunan web portal berasaskan MOODLE bagi subtopik human reproductive system dalam matapelajaran sains KBSM tingkatan tiga. Pembangunan Web Portal Berasaskan MOODLE Bagi Subtopik Human Reproductive System Dalam Matapelajaran Sains KBSM Tingkatan Tiga . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
46kB

Abstract

Pembelajaran yang berkesan biasanya tercetus daripada pembelajaran yang menyeronokkan. Keseronokkan belajar dapat diwujudkan sekiranya pelajar dapat mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan tidak hanya menjadi penerima yang pasif. Sistem MOODLE menawarkan platform yang baik untuk menjalankan pembelajaran secara konstruktivisme sosial. Misalnya aktiviti forum dan chat menggalakkan interaksi antara pengguna untuk berkongsi dan bertukar pendapat antara satu sama lain. Model reka bentuk ADDIE telah dipilih untuk dijadikan garis panduan untuk membina web portal ini. Selain itu, bahan pembelajaran yang utama dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft PowerPoint 2003 dan disokong dengan elemen multimedia yang lain. Perisian tambahan seperti Ulead Gif Animator 5.0, Adobe Photoshop dan Sony Vegas 8.0 telah digunakan untuk menghasilkan elemen multimedia sokongan seperti video, audio, grafik dan animasi untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik dan tidak bergantung kepada teks dan grafik yang statik sahaja. Pengguna diharapkan mendapat manfaat daripada web portal ini terutamanya kepada guru dan pelajar untuk mendapatkan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:sistem MOODLE, web portal
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10496
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:07 Oct 2010 06:54
Last Modified:20 Feb 2017 04:36

Repository Staff Only: item control page