Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar SPI UTM Berkenaan Karamah Dan Sihir

Rosman , Arieff Salleh and Omar, Azubir (2010) Persepsi Pelajar SPI UTM Berkenaan Karamah Dan Sihir. Persepsi Pelajar SPI UTM Berkenaan Karamah Dan Sihir . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
51kB

Abstract

Karamah dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya yang soleh dan bertakwa sedangkan sihir pula diberikan oleh Allah kepada hambaNya yang fasik dan bertujuan menyesatkannya. Secara umumnya masyarakat didapati keliru dalam membezakan perkara-perkara yang luar biasa khususnya berkenaan karamah dan sihir. Oleh itu kajian ini penting untuk mengkaji persepsi pelajar SPI terhadap karamah dan sihir. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi mahasiswa SPI terhadap maksud karamah dan sihir, tindak tanduk yang berlaku dalam karamah dan sihir serta perbezaannya, dan untuk mengenalpasti penyelesaian masalah sihir di kalangan masyarakat. Kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan yang timbul dalam masyarakat seperti maksud, tindak tanduk dan perbezaan serta penyelesaian masalah sihir. Kajian yang dijalankan ini berbentuk kuantitatif atau deskriptif dan penyelidik mengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 hingga tahun 4 SPI. Borang soal selidik yang telah lengkap diisi oleh responden dikutip dan dianalisa menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) for window version 14.0. Dapatan kajian ini menunjukkan purata min berkenaan persepsi mahasiswa SPI terhadap maksud karamah dan sihir adalah positif dan nilai purata minnya ialah 4.22. Maklum balas responden terhadap tindak tanduk yang berlaku dalam karamah dan sihir serta perbezaannya juga adalah positif dan nilai purata minnya ialah 4.25. Manakala persepsi mahasiswa SPI terhadap cara untuk menyelesaikan masalah sihir di kalangan masyarakat mencatat nilai purata minnya 4.68.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:karamah, sihir, persepsi pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10485
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:06 Oct 2010 05:50
Last Modified:06 Oct 2010 05:50

Repository Staff Only: item control page