Buntat, Yahya and Yusof, Amirudin (2010) Pendekatan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Dalam Kalangan Guru-Guru Teknikal Bagi Mata Pelajaran Teknikal. Pendekatan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Dalam Kalangan Guru-Guru Teknikal Bagi Mata Pelajaran Teknikal . pp. 1-11. (Unpublished)
|
PDF
132kB |
Abstract
Kajian ini adalah untuk meninjau pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal. Seramai 47 orang guru yang mengajar mata pelajaran Pengajian Kejuruteran Awam, Elektrik dan Mekanikal di 6 buah sekolah menengah teknik di Negeri Johor dan Pahang dijadikan sampel kajian. Kaedah tinjauan adalah menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 12.0 (Statistical Package for Social Sciences) dan dinyatakan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min. Kajian ini mendapati guru-guru teknikal memahami dan mengaplikasikan pembelajaran secara konstruktivisme di dalam kelas (min = 4.19). Selain itu, keadaan pelajar yang telah dikenalkan dengan pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme menujukkan mereka lebih faham (min = 3.98) dan kelihatan lebih aktif (min = 3.94) sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Manakala, kesediaan fasiliti di sekolah juga telah menggalakkan guru-guru teknikal melaksanakan pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme (min = 3.95). Walaupun, pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme ini dijalankan oleh guru-guru teknikal tetapi masih ada sedikit permasalahan yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakannya (min = 3.31).
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | guru teknikal, konstruktivisme, mata pelajaran teknikal |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10475 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 05 Oct 2010 07:06 |
Last Modified: | 06 Aug 2017 08:04 |
Repository Staff Only: item control page