Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kepuasan Mahasiswa Mahasiswi Terhadap Kualiti Kehidupan Di Kolej Tun Dr.Ismail Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

Said, Hamdan and Abdullah, Azaha (2010) Kepuasan Mahasiswa Mahasiswi Terhadap Kualiti Kehidupan Di Kolej Tun Dr.Ismail Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Kepuasan Mahasiswa Mahasiswi Terhadap Kualiti Kehidupan Di Kolej Tun Dr.Ismail Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
35kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepuasan mahasiswa-mahasiswi terhadap kualiti kehidupan di Kolej Tun Dr. Ismail. Kepuasan mahasiswa-mahasiswi terhadap kualiti kehidupan ini ditinjau dari tujuh aspek iaitu persekitaran, kemudahan dan perkhidmatan, layanan staf dan ahli jawatankuasa mahasiswa kolej kediaman, pentadbiran pejabat, pengawasan dan keselamatan, program dan aktiviti yang dijalankan, dan perkhidmatan makanan. Kajian deskritif ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan melibatkan seramai 291 responden Kolej Tun Dr. Ismail yang dipilih secara rawak. Data dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) dan dapatan dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa mahasiswa berpuashati terhadap kualiti kehidupan di Kolej Tun Dr. Ismail dalam semua tujuh aspek yang dikaji. Kajian ini juga memajukan cadangan untuk menambahbaik kepuasan mahasiswa terhadap kualiti kehidupan di kolej kediaman dan cadangan kajian lanjutan yang boleh dilakukan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10465
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:05 Oct 2010 03:27
Last Modified:05 Oct 2010 03:27

Repository Staff Only: item control page