Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kepekaan Terhadap Isu Semasa Pendidikan Dalam Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan, Utm, Skudai.

Sayed Ahmad, Sayed Mahussain and Muhammad, Siti Mariam Aini (2010) Kepekaan Terhadap Isu Semasa Pendidikan Dalam Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan, Utm, Skudai. Kepekaan Terhadap Isu Semasa Pendidikan Dalam Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan, Utm, Skudai. . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
98kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar Fakulti Pendidikan UTM, Skudai terhadap isu semasa pendidikan. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti cara pelajar mendapatkan maklumat berkaitan isu semasa pendidikan dan faktor-faktor yang mendorong mereka peka terhadap isu semasa pendidikan. Seramai 137 orang responden melibatkan pelajar tahun 4 Fakulti Pendidikan yang terdiri dari lima kursus iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam-SPI), Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kem. Hidup-SPH), Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains-SPN), Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sukan-SPS) dan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Tesl-SPL). Instrumen kajian yang digunakan berbentuk soal selidik yang mengandungi 34 item soalan. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan perisian Statistical Package for Social Science 14.0 for Windows. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach's Alpha ?=0.741. Secara keseluruhannya persepsi pelajar terhadap isu semasa pendidikan berada pada tahap min yang tinggi iaitu 4.13. Ini diikuti dengan cara pelajar mendapatkan maklumat berkaitan isu semasa pendidikan dengan nilai min 3.97. Kebanyakan responden juga bersetuju dengan faktorfaktor yang mendorong mereka peka terhadap isu semasa pendidikan dengan nilai min 4.00. Pada akhir kajian disertakan beberapa cadangan sebagai panduan dan tindakan pihak-pihak tertentu. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:isu semasa, pendidikan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10461
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:04 Oct 2010 11:02
Last Modified:06 Aug 2017 01:27

Repository Staff Only: item control page