Abdullah, Christina Andin @ Nur Qistina and Abdul Halim, Anis Hayati (2010) Sikap Guru Dan Pelajar Terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Matapelajaran Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik. Sikap Guru Dan Pelajar Terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Matapelajaran Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik . pp. 1-7. (Unpublished)
|
PDF
85kB |
Abstract
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti sikap pelajar dan guru terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran teknikal di Sekolah Menengah Teknik. Kajian ini melibatkan dua buah sekolah di negeri Kedah dan Pulau Pinang iaitu Sekolah Menengah Teknik Kulim dan Sekolah Menengah Teknik Nibong Tebal. Sampel kajian terdiri daripada 170 orang pelajar dan 15 orang guru yang terlibat dengan mata pelajaran teknikal. Instrument kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Nilai kebolehpercayaan instrument kajian ini adalah ? = 0.873. Data dan maklumat yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS) versi 12.0 serta analisis deskriptif berbentuk frekuensi dan peratusan. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan pelajar dan guru bersikap negatif terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran teknikal di Sekolah Menengah Teknik. In terbukti apabila hasil kajian mendapati pelajar dan guru mempunyai persepsi yang negatif dan mereka tidak dapat menerima penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran teknikal. Walaubagaimanapun, pelajar dan guru mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk membolehkan mereka mengaplikasikan penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran teknikal. Semua aspek perlulah dipertingkatkan agar ada nilai tambahnya. Ini memainkan peranan penting supaya pelajar dan guru lebih bermotivasi terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran teknikal di Sekolah Menengah Teknik (SMT).
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | sikap pelajar dan guru, penggunaan Bahasa Inggeris, mata pelajaran teknikal |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10451 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 04 Oct 2010 06:39 |
Last Modified: | 04 Oct 2010 06:39 |
Repository Staff Only: item control page