Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Masalah Lepak Di Kalangan Remaja Di Johor Bahru: Sejauhmanakah Remaja Melayu Terlibat

Yahaya, Azizi (2010) Masalah Lepak Di Kalangan Remaja Di Johor Bahru: Sejauhmanakah Remaja Melayu Terlibat. Masalah Lepak Di Kalangan Remaja Di Johor Bahru: Sejauhmanakah Remaja Melayu Terlibat . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
47kB

Abstract

Kajian ini bertujuan mengetahui faktor – faktor yang mempengaruhi remaja untuk keluar melepak dan juga untuk mengetahui bagaimanakah remaja berinteraksi dengan keluarga dan rakan sebaya. Kajian ini dilakukan dengan kaedah tinjauan dan sampel rawak mudah. Data–data kajian diperoleh dari soal selidik dan dianalisis secara SPSS. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah remaja yang berumur dalam lingkungan 12 hingga 20 tahun yang melepak di Stesen bas Larkin dan Pasar raya Angsana. Hasil soal selidik amat memuaskan, Ini berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh responden memenuhi kehendak soal selidik yang diedarkan. Hasil kajian ini dapat menyelesaikan persoalan kajian. Oleh itu ibu bapa dan masyarakat akan lebih prihatin terhadap peranan masing – masing untuk membentuk keperibadian remaja selaras dengan kehendak agama dan aspirasi negara.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:melepak, remaja
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10424
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:01 Oct 2010 15:48
Last Modified:02 Aug 2017 07:31

Repository Staff Only: item control page