Mohd. Atan, Rohana and Noardin, Shaharom (2007) Hubungan antara sikap dengan pencapaian pelajar tingkatan empat dalam tajuk daya. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 12 . pp. 50-60. ISSN 1394-1801
|
PDF
- Published Version
492kB |
Abstract
Kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara sikap dengan pencapaian pelajar tingkatan empat dalam tajuk Daya. Sampel kajian terdiri dari 134 pelajar, 59 pelajar lelaki dan 75 pelajar perempuan yang mengambil mata pelajaran Fizik sebagai mata pelajaran elektif dari lima buah sekolah harian di sekitar daerah Johor Bahru. Dua alat kajian digunakan iaitu Sikap Pelajar Terhadap Pembelajaran Fizik (SPTPF) yang terdiri dari 30 item soal selidik yang mengukur sikap pelajar dan Ujian Pencapaian Pelajar dalam tajuk Daya (UPPD) pula terdiri dari 20 soalan yang mengukur tahap pencapaian pelajar dalam tajuk Daya. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dalam bentuk min, peratus dan sisihan lazim. Dapatan kajian menunjukkan pelajar bersikap positifterhadap pembelajaran Fizik (min = 90.07), pertalian yang sederhana (r = .60) dan bererti di mana p<.05 di antara sikap dan pencapaian pelajar. Pencapaian pelajar adalah pada tahap kepujian (52.51 %). Dapatan kajian memberi implikasi kepada kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru. Bagi meningkatkan pencapaian pelajar ke tahap yang lebih cemerlang, pendekatan pengajaran seharusnya berpusatkan pelajar agar dapat membentuk sikap yang lebih positif dalam kalangan pelajar
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | sikap pelajar, fizik, sekolah menengah, prestasi |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10418 |
Deposited By: | Zalinda Shuratman |
Deposited On: | 05 Oct 2010 01:50 |
Last Modified: | 01 Nov 2017 04:17 |
Repository Staff Only: item control page