Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan Tv Pendidikan Dan Eduwebtv Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Johor

Hassan, Johari and Sulaiman, Nor Hafizah (2010) Penggunaan Tv Pendidikan Dan Eduwebtv Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Johor. Penggunaan Tv Pendidikan Dan Eduwebtv Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Johor . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
49kB

Official URL: https://www.researchgate.net/publication/46274782_...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap penggunaan TV Pendidikan dan EDUWEBTV dalam kalangan guru sekolah menengah di sekitar Bandaraya Johor Bahru. Kajian initertumpu kepada penggunaan TV Pendidikan, kepentingan TV Pendidikan serta masalah yang dihadapidalam menggunakan TV Pendidikan. Selain itu, kajian ini juga tertumpu kepada tahap kesediaan danpenerimaan guru terhadap EDUWEBTV serta masalah-masalah awal yang dihadapi dalam menggunakanEDUWEBTV. Instrumen kajian ini adalah berbentuk soal selidik yang diedarkan kepada 150 orangresponden dari 2 kategori sekolah menengah yang dipilih secara rawak berkelompok. Data-data inidianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 11.5.Statistik deskriptif iaitu min, frekuensi dan peratusan serta statistik inferensi seperti ujian-t jugadigunakan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa kadar penggunaan TV Pendidikan adalahdi tahap yang sederhana. Namun majoriti responden menyedari akan kepentingan TV Pendidikan di manasiaran TV Pendidikan mampu meningkatkan prestasi pengajaran mereka. Masalah utama yang dihadapioleh guru-guru dalam menggunakan TV Pendidikan ialah masalah percanggahan jadual waktu. BagiEDUWEBTV, tahap kesediaan dan penerimaan guru menggunakan EDUWEBTV adalah di tahap yangsederhana. Manakala, masalah utama yang dihadapi ialah mereka tidak dapat melayari lamanEDUWEBTV dengan cepat pada setiap masa dan boleh mengganggu proses P&P.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:TV Pendidikan, EDUWEBTV, Statistical Package For Social Sciences (SPSS)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10321
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Sep 2010 23:03
Last Modified:22 Feb 2017 11:48

Repository Staff Only: item control page