Hassan, Johari and Yahya, Yazmin (2010) Pola Penontonan Televisyen Pendidikan Dalam Kalangan Ibu Bapa Kawasan Felda, Daerah Kota Tinggi , Johor. Pola Penontonan Televisyen Pendidikan Dalam Kalangan Ibu Bapa Kawasan Felda, Daerah Kota Tinggi , Johor . pp. 1-9. (Unpublished)
|
PDF
95kB |
Official URL: https://core.ac.uk/display/11785695
Abstract
TV Pendidikan disediakan sebagai salah satu saluran menambah keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. TV Pendidikan turut membantu ibu bapa dalam usaha mendidikanak dengan program – program yang disediakan. Maka, kajian ini dijalankan untuk meninjausejauhmana tahap penontonan TV Pendidikan dalam kalangan ibu bapa, sejauhmana kesedaran ibubapa terhadap kewujudan TV Pendidikan dan EDUWEBTV serta masalah menonton TV Pendidikanyang dihadapi oleh ibu bapa. Instrumen kajian ini adalah berbentuk soal selidik yang diedarkankepada seramai 169 orang responden. Manakala persampelan adalah berbentuk kaedah persampelan rawak berkelompok dimana responden kajian terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah. Data-data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 10 dengan tahap kebolehpercayaan 0.8492. Analisis data dilakukan dengan menggunakan kaedah deskriptif iaitu berbentuk skor min, frekuensi dan peratusan. Hasil kajianmenunjukkan kekerapan penontonan TV Pendidikan adalah di tahap yang rendah manakala persepsiresponden terhadap TV Pendidikan dan kesedaran terhadap kewujudan EDUWEBTV di tahapsederhana. Dari segi masalah penontonan TV Pendidikan, masalah kurang kemudahan mencatatkanmin masalah penontonan tertinggi berbanding masalah masa siaran dan isi rancangan. Namun begitu,terdapat perbezaan signifikan diantara tahap pendidikan responden dengan kesedaran responden terhadap kewujudan EDUWEBTV.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Educational Television, effectiveness of teaching and learning, EDUWEBTV |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10314 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 16 Sep 2010 14:37 |
Last Modified: | 23 Feb 2017 06:09 |
Repository Staff Only: item control page