Nordin, Aziz and W. Husain, W. Nur Hazwane (2010) Pembangunan Portal Web Berasaskan Moodle Bagi Tajuk Jadual Berkala Unsur. Pembangunan Portal Web Berasaskan Moodle Bagi Tajuk Jadual Berkala Unsur . pp. 1-6. (Unpublished)
|
PDF
27kB |
Abstract
Projek ini dibangunkan bertujuan membina sebuah portal web pendidikan berasaskan Moodle yang bertajuk Jadual Berkala Unsur bagi matapelajaran Kimia Tingkatan Empat. Kumpulan sasaran projek ini adalah guru kimia amnya dan pelajar tingkatan empat yang mengambil aliran sains tulen khasnya. Portal web ini dibangunkan dalam Bahasa Inggeris memandangkan ianya digunakan sebagai bahasa perantaraan dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Rekabentuk pengajaran dan pembelajaran portal web ini dibina berlandaskan kepada model ADDIE sebagai garis panduan. Setiap bahagian kandungan yang dimuatkan di dalam portal web ini menerapkan prinsip teori konstruktivisme. Perisian-perisian bagi portal web ini dibina menggunakan Microsoft Office PowerPoint 2007 sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian lain seperti Adobe Photoshop CS2 dan Macromedia Flash MX 2004. Diharapkan portal web ini dapat membantu pelajar memahami dan menguasai konsep Jadual Berkala Unsur dengan lebih baik.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | portal web pendidikan, Moodle, Jadual Berkala Unsur, model ADDIE. |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10311 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 16 Sep 2010 14:20 |
Last Modified: | 08 Jun 2017 07:32 |
Repository Staff Only: item control page