Arsat, Mahyuddin and Mohamed, Norfarhana (2010) Sistem Penghalau Nyamuk Elektronik Multi-Frekuensi. Sistem Penghalau Nyamuk Elektronik Multi-Frekuensi . pp. 1-8. (Unpublished)
|
PDF
108kB |
Abstract
Kajian dalam merekabentuk Sistem Penghalau Nyamuk Elektronik Multi- Frekuensi ini adalah alternatif bagi menghalau nyamuk yang mampu mengakibatkan wabak penyakit berbahaya. Sistem ini direkabentuk daripada gabungan beberapa blok litar iaitu litar bekalan kuasa, litar peka cahaya, litar penghalau nyamuk dan litar keluaran. Sistem ini mengeluarkan frekuensi dalam julat 15 kHz hingga 18 kHz yang dikeluarkan secara berturutan setiap selang 1 minit serta menggunakan penderia sebagai suis kawalan automatik yang hanya beroperasi dalam keadaan pencahayaan yang kurang (gelap). Sistem ini dijangka mampu menghalau nyamuk yang imun dengan frekuensi tetap dalam jarak 2 meter dan menjimatkan bekalan elektrik. Sistem ini diuji menggunakan parameter yang berbeza seperti masa, jarak dan sudut sistem ini beroperasi. Hasil dapatan kajian menunjukkan sistem ini menghasilkan frekuensi menghampiri 15 kHz pada minit pertama, 16 kHz pada minit ketiga, 17 kHz pada minit kelima dan 18 kHz pada minit ketujuh. Tahap kekuatan bunyi yang tertinggi adalah pada jarak 0.5 meter bagi frekuensi 15 kHz dengan nilai 58 dB manakala tahap kekuatan bunyi yang paling rendah adalah 37.2 dB pada frekuensi 18 kHz dengan jarak 2 meter. Perubahan sudut 0º, 90º, 180º, dan 270º tidak mempengaruhi tahap kekuatan bunyi sistem ini berfungsi serta bersesuaian untuk kegunaan bagi sebuah bilik tertutup.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Sistem Penghalau Nyamuk Elektronik Multi-Frekuensi |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10309 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 14 Sep 2010 18:51 |
Last Modified: | 01 Aug 2017 00:25 |
Repository Staff Only: item control page