Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Amalan Kebersihan Makanan Dalam Kalangan Pengendali-Pengendali Kantin Di Sekolah Zon Skudai

Mohd. Said, Mohd. Rizal and Mohd. Noor, Nor Aini (2010) Amalan Kebersihan Makanan Dalam Kalangan Pengendali-Pengendali Kantin Di Sekolah Zon Skudai. Amalan Kebersihan Makanan Dalam Kalangan Pengendali-Pengendali Kantin Di Sekolah Zon Skudai . pp. 1-11. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
170kB

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti amalan kebersihan diri, kebersihan premis dan tempat-tempat penyediaan makanan serta kebersihan dan keselamatan peralatan-peralatan memasak dan menghidang oleh pengendali-pengendali kantin sekolah di Zon Skudai, Johor Bahru. Seramai 32 orang pengendali makanan dipilih sebagai responden kajian ini. Penyelidik menggunakan 2 instrumen iaitu soal selidik dan pemerhatian. Kajian ini dijalankan dengan mengedarkan satu set soalselidik kepada responden dan protokol borang pemerhatian digunakan oleh penyelidik semasa pemerhatian dijalankan . Analisis dibuat berdasarkan peratusan dan min. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) 15.0 For Windows. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dalam kalangan pengendali-pengendali kantin terhadap amalan kebersihan makanan adalah tinggi. Ini dapat dilihat semasa mengendalikan makanan, pengendali-pengendali kantin mengamalkan kebersihan makanan yang telah ditetapkan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Statistical Package For Social Sciences (SPSS)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10299
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:14 Sep 2010 12:06
Last Modified:01 Mar 2017 08:42

Repository Staff Only: item control page