Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Kefahaman Kriteria Dan Masalah Guru Terhadap Penilaian Dan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup (KT) Di Daerah Segamat, Johor

Mukhari, Abd. Wahid and Yusof, Yuszaida (2010) Tahap Kefahaman Kriteria Dan Masalah Guru Terhadap Penilaian Dan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup (KT) Di Daerah Segamat, Johor. Tahap Kefahaman Kriteria Dan Masalah Guru Terhadap Penilaian Dan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup (Kt) Di Daerah Segamat, Johor . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
30kB

Abstract

Tujuan kajian deskriptif ini dijalankan adalah untuk meninjau tahap kefahaman kriteria dan masalah guru terhadap penilaian dan pentaksiran kerja kursus Kemahiran Hidup (KT) Daerah Segamat, Johor. Soal selidik telah dipilih sebagai instrumen kajian dan telah diedarkan kepada 52 orang guru yang mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup (Kemahiran Teknikal) di sekitar Sekolah Menengah Daerah Segamat, Johor. Analisis dapatan kajian dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Data dianalisis menggunakan SPSS (StatisticalPackage for The Social Services) versi 16.0. Kajian rintis telah dijalankan ke atas 9 orang guru yang mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup (Kemahiran Teknikal) di sekitar Sekolah Taman Daya bagi mendapatkan kebolehpercayaan item soal selidik dan nilai alpha cronbach yang diperolehi ialah 0.982. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru KHB mempunyai tahap kefahaman yang tinggi dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)dan masalah utama yang dihadapi oleh guru ialah pelajar kurang menguasai elemen dalam kemahiran yang hendak diterapkan. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan telah dikemukan bagi meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus KHB di peringkat PMR.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap kefahaman criteria, masalah guru, kerja kursus kemahiran hidup (KT)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10294
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:14 Sep 2010 10:27
Last Modified:25 May 2017 09:08

Repository Staff Only: item control page