Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Kalangan Guru Pelatih UTM Yang Mengajar Matapelajaran Matematik

Ahmad Zanzali, Noor Azlan and Daud, Nurdalina (2010) Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Kalangan Guru Pelatih UTM Yang Mengajar Matapelajaran Matematik. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Kalangan Guru Pelatih UTM Yang Mengajar Matapelajaran Matematik . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
25kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru pelatih UTM semasa mengajar matapelajaran matematik. Kajian ini juga untuk mengetahui tahap kemahiran penggunaan bahan bantu mengajar serta masalah yang dihadapi oleh guru pelatih dalam penggunaan bahan bantu mengajar. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 5 orang yang terdiri daripada sekolah disekitar Johor Bahru. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kaedah temu bual dan cerapan semasa sesi pengajaran Matematik. Analisis data dibuat secara kualitatif berdasarkan jawapan yang diberikan oleh responden dan cerapan yang dilakukan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih UTM mempunyai tahap penggunaan bahan bantu mengajar yang tinggi. Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan penggunaan bahan bantu mengajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Mathematics, practical teachers, teaching aids
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10261
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Sep 2010 17:43
Last Modified:27 Jul 2017 06:46

Repository Staff Only: item control page