Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan Antara Kerja Rumah Dengan Pencapaian Akademik Dalam Pelajar Tingkatan Empat

Yeo, Kee Jiar and Isa, Nurulain (2010) Hubungan Antara Kerja Rumah Dengan Pencapaian Akademik Dalam Pelajar Tingkatan Empat. Hubungan Antara Kerja Rumah Dengan Pencapaian Akademik Dalam Pelajar Tingkatan Empat . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
126kB

Abstract

Kerja rumah merupakan komponen penting dalam proses pengajaran pembelajaran. Walaupun terdapat kajian yang menunjukkan tidak terdapat korelasi antara kerja rumah dengan pencapaian akademik pelajar, tetapi kerja rumah masih dianggap berfaedah dan berupaya meningkatkan mutu disiplin pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kerja rumah dalam mata pelajaran Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris dengan pencapaian akademik dalam tiga aspek: (1) peruntukan masa; (2) jenis kerja rumah (latihan dan persediaan), dan (3) cara pengelolaan guru (semasa dan selepas kerja rumah diberikan). Sampel kajian terdiri daripada 120 orang pelajar tingkatan empat dari empat buah sekolah yang dipilih secara rawak. Instrumen kajian ialah borang soal selidik yang terdiri daripada Bahagian A tentang latar belakang responden dan Bahagian B pula terdiri daripada 30 soalan yang berbentuk skala Likert. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) version 15.0. Nilai kebolehpercayaan kajian ini ialah ? = 0.92. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan tetapi lemah dengan pencapaian akademik dalam tiga aspek: (1) peruntukan masa dalam kerja rumah Bahasa Inggeris dan Matematik; (2) cara pengelolaan guru (semasa kerja rumah Sejarah diberikan), dan (3) jenis kerja rumah (latihan) dalam mata pelajaran Matematik. Hasil kajian turut menunjukkan tidak terdapat korelasi yang signifikan dengan pencapaian akademik dalam lima aspek: (1) peruntukan masa menyiapkan kerja rumah Sejarah; (2) jenis kerja rumah (latihan) dalam mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Inggeris; (3) jenis kerja rumah (persediaan) dalam mata pelajaran Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris; (4) cara pengelolaan guru (semasa kerja rumah Matematik dan Bahasa Inggeris diberikan); dan (5) cara pengelolaan guru (selepas kerja rumah diberikan) dalam mata pelajaran Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris. Dapatan kajian memberikan implikasi bahawa guru tidak patut membebankan pelajar dengan jumlah kerja rumah yang terlalu banyak tetapi sewajarnya memastikan kerja rumah yang diberikan dapat mengukuhkan kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah serta dikaitkan dengan matlamat serta pemahaman pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:homework, academic achievement
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10248
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Sep 2010 13:51
Last Modified:27 Jul 2017 04:07

Repository Staff Only: item control page