Ismail, Zaleha and Samsudin, Nurul Ashikin (2010) Pembangunan Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri Atas Talian (Transport). Pembangunan Sistem Sokongan Pembelajaran Kendiri Atas Talian (Transport) . pp. 1-5. (Unpublished)
|
PDF
39kB |
Abstract
Perkembangan e-pembelajaran yang semakin luas dalam pelbagai bidang pendidikan menjadikan ia bukanlah sesuatu yang baru. Pembelajaran berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah ini mampu mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar yang terarah kendiri, kadar kendiri dan akses kendiri. Untuk mencapai pendekatan efektif dalam melaksanakan e-pembelajaran, projek ini telah menumpukan terhadap pembangunan kursus yang bertajuk Transport. Transport membincangkan tentang pelbagai system pengangkutan dalam organisma seperti manusia, haiwan dan tumbuhan. Sistem ini dianggap sesuai memandangkan rekabentuknya menyokong prinsip social konstruktivisme. Model ADDIE merupakan rekabentuk model pengajaran yang menjadi rujukan dalam pembangunan web portal ini. Sistem e-pembelajaran ini menyediakan pelbagai jenis sumber dan aktiviti pembelajaran berdasarkan KBSM. Bentuk aktiviti yang dimaksudkan ialah Lesson, Quiz, Choices, Forum, Chat, Journal dan Assignment. Aktiviti tertentu membenarkan pelajar berinteraksi dengan guru serta mendapat maklumbalas secara spontan. Persekitaran pembelajaran turut dimantapkan dengan audio, grafik dan animasi.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | ADDIE’s model, E-learning, process of teaching and learning |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10233 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 08 Sep 2010 05:40 |
Last Modified: | 27 Jul 2017 03:09 |
Repository Staff Only: item control page